Search

|| DATO' DR HARON DIN ||

Guru dan Saha...

  • Share this:

|| DATO' DR HARON DIN ||

Guru dan Sahabat adalah sukar untuk menterjemahkan personaliti Dato' Dr Haron Din melalui perkataan. Beliau adaah seorang yang berilmu tinggi tapi amat rendah diri. Guru kepada ramai sarjana Islam tapi sahabat dalam pergaulan. Sepanjang perkenalan saya dengan beliau dalam Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di penghujung 1990an dan awal 2000, beliau selalu ringkas dalam pandangan tapi halus(refined) dan berhujah. Selalu bersedia untuk menerima pandangan orang lain selepas masing-masing berhujah. Saya banyak memerhati dan belajar sikap beliau sebegini. Walaupun saya yang paling muda, beliau tidak pernah melihat kepada aspek umur tapi kualiti penghujahan. Walaupun kami berbeza perspektif dalam kes-kes tertentu, kami sentiasa menyantuni satu sama lain. Itu lumrah ijtihad. Kalau kita benarkan ijtihad dalam minda Syariah, kita kena terima hasil akhir ijtihad iaitu perbezaan pandangan. Pada hari Jumaat yang mulia ini, ramai kehilangan seorang guru. Pada hari ini, saya kehilangan seorang sahabat dan guru yang cukup penyantun dan kaya dengan senyuman. Al Fatihah dan doa kepada ruh Ayahanda Dato' Dr Haron Din.

"Setiap jiwa pasti merasai detik kematian"


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts